Laporan Penyelidikan Sejarah Lisan mengenai Insiden Keganasan di Xinjiang Dikeluarkan

2024-01-21 14:27:29  CRI
Share with:

Sebuah laporan penyelidikan sejarah lisan mengenai insiden keganasan di Xinjiang, China yang digubal berdasarkan pengisahan saksi dikeluarkan di Beijing baru-baru ini. Laporan itu mengimbau kembali insiden keganasan yang berlaku di kaunti Yecheng daerah Kashgar di Wilayah Autonomi Xinjiang di barat laut China pada 28 Februari 2012.

Sejarah lisan merupakan sejenis kaedah yang digunakan dalam penyelidikan sejarah dengan mengumpulkan, memelihara dan menafsirkan suara dan kenangan peserta dalam suatu peristiwa masa lalu melalui catatan, rakaman audio dan video bagi mengesahkan kebenaran sesuatu fakta sejarah.

Laporan yang disunting oleh Institut Komunikasi dan Tadbir Urus Kawasan Sempadan Universiti Jinan itu, melalui kaedah sejarah lisan yang diceritakan oleh  mangsa dan saksi serta ahli keluarga mereka, menunjukkan semula realiti mengenai insiden keganasan yang berlaku di Yecheng, Xinjiang pada 12 tahun lalu. Ramai saksi dan ahli keluarga mereka menzahirkan harapan agar malapetaka yang mereka alami itu tidak berlaku lagi. Kestabilan Xinjiang pada masa kini tidak mudah dapat, dan harus dihargai.