CMG Mula Buat Liputan Komprehensif di Nauru

2024-01-21 15:41:24  CRI
Share with:

Pasukan wartawan khas yang dikirim Kumpulan Media China (CMG) mula membuat liputan secara komprehensif di Nauru semalam.

Sebelum ini, kerajaan Nauru mengisytihar pengiktirafan terhadap prinsip Satu China, dan memutuskan apa yang disebut 'hubungan diplomatik' dengan pihak berkuasa Taiwan. Pada hari yang sama, liputan pertama yang dibuat badan media dari negara China telah disiarkan dari Yaren di mana terdapat pejabat wartawan ke-192 kendalian CMG di seberang laut.

Pasukan terbabit akan terus menaruh perhatian kepada proses sejarah pemulihan hubungan diplomatik antara Nauru dengan Republik Rakyat China sekaligus membuat penerangan tentang negara kepulauan di Laut Pasifik yang misteri itu.