Utusan Khas Presiden Xi Sertai Upacara Pelantikan Presiden Congo

2024-01-22 14:38:34  CRI
Share with:

Utusan khas Presiden China Xi Jinping, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) Shen Yueyue menyertai upacara pelantikan Etienne Tshisekedi sebagai Presiden Republik Demokratik Congo di Kinshasa, atas undangan presiden baharu republik itu, pada Sabtu lalu.

Dalam pertemuan dengan Tshisekedi pada Ahad, Shen telah menyampaikan salam mesra dan mogaan baik daripada Presiden Xi kepada Tshisekedi. 

Beliau berkata, China memberikan perhatian tinggi terhadap hubungan dengan Congo dan komited melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, di samping saling menyokong kepentingan teras masing-masing, memperkasakan kerjasama saling untung, merapatkan persahabatan dalam kalangan rakyat, memperdalam pertukaran dan kerjasama dalam rangka insiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan Forum Kerjasama China-Afrika agar membina hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Congo yang lebih kukuh dan dinamik.

Tshisekedi dalam pertemuan itu menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Presiden Xi kerana sudi menghantar utusan khas bagi menghadiri upacara pelantikannya, sementara menyampaikan salam mesra dan mogaan baik kepada Xi. 

Beliau mengatakan, Congo memberikan penilaian tinggi terhadap projek kerjasama antara kedua-dua negara, dan memberikan perhatian tinggi terhadap hubungan dengan China. Beliau menegaskan bahawa pihaknya mempertahankan dasar satu China dan komited memperdalam kerjasama dalam bidang-bidang penting agar melonjakkan hubungan kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.