Serang terhadap Orang Awam di Donetsk Tidak Boleh Diterima, Kata Guterres

2024-01-22 14:25:20  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengutuk keras segala serangan yang menyasarkan orang awam dan infrastruktur awam, termasuk serangan yang berlaku di Donetsk, pada 21 Januari. 

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Setiausaha Agung PBB semasa memberikan komen mengenai serangan yang menyebabkan kematian dan kecederaan orang awam di Donetsk. 

Menurut Setiausaha Agung PBB, serangan terhadap orang awam dan infrastruktur awam melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan tindakan seumpama adalah tidak boleh diterima dan mesti dihentikan serta merta. 

Pegawai Donetsk menyatakan bahawa tentera Ukraine melancarkan beberapa bom roket dan sebuah pesawat tanpa pemandu ke arah bandar Donetsk pada 21 Januari, menyebabkan kematian dan kecederaan rakyat biasa. 

Kementerian Luar Rusia mengutuk keras serangan tersebut, manakala pihak Ukraine masih belum memberikan respons sewajarnya.