China Keluarkan Laporan Pembangunan Malaysia 2023

2024-01-22 14:00:25  CRI
Share with:

Majlis pelancaran buku "Laporan Pembangunan Malaysia 2023" diadakan secara maya pada 20 Jan, serentak dengan simposium "Eratkan Kerjasama, Sambut Masa Depan Lebih Indah: Ulang Tahun Ke-50 Ikatan Diplomatik China-Malaysia".

Naib Presiden Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) Zhao Gang menyatakan, sempena sambutan jubli emas hubungan diplomatik China-Malaysia pada tahun ini, pelancaran "Laporan Pembangunan Malaysia 2023" amat bererti dan diyakini akan memperkukuh persahabatan dalam kalangan rakyat, sekali gus memperluas pertukaran keilmuan kedua-dua negara.

"Laporan Pembangunan Malaysia 2023" disusun bersama oleh Sekolah Pengajian Asia BFSU, Pusat Pengajian Melayu China dan Pusat Pengajian Negara ASEAN Universiti Peking, dan disertai pakar dan sarjana pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) dari dalam dan luar negara. 

Laporan itu memfokuskan topik-topik politik, ekonomi, hubungan luar negeri, pertahanan, pendidikan, kebudayaan, serta hubungan antara Malaysia dan China pada tahun 2022.