'CunBA' Berlangsung Meriah di Jishishan

2024-01-22 16:13:23  CRI
Share with:

Kampung Huiguang di kaunti Jishishan tenggelam dalam suasana meriah apabila satu perlawanan bola keranjang menerima tepukan dan sorakan gemuruh daripada penonton yang memenuhi lokasi pertandingan.

Acara pertandingan bola keranjang kampung atau 'CunBA' di Huiguang sebenarnya telah dirancang sejak tiga tahun lalu, namun atas pelbagai sebab ia tidak dapat dijalankan seperti yang dijadualkan.

Kehidupan kembali normal bagi masyarakat tempatan selepas satu gempa bumi menggegarkan kaunti itu pada 18 Disember.

Perlawanan 'CunBA' akhirnya bermula secara rasmi dengan disertai 18 pasukan membabitkan pemain tempatan.

Kejohanan itu akan berlangsung selama lima hari dengan menyajikan 40 perlawanan bola keranjang yang mengasyikkan.