Netanyahu Tolak Tuntutan Hamas
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Ahad malam berkata beliau menolak sepenuhnya tuntutan Hamas yang mahu konflik dihentikan, tentera Israel berundur dari Gaza, dan Hamas terus wujud, dengan syarat tebusan Israel dibebaskan.
"Sekiranya kami bersetuju dengan tuntutan itu, kami tidak dapat menjamin keselamatan warga negara kita," kata Netanyahu melalui kenyataan video.
Beliau berkata, pihaknya komited untuk mencapai sasaran semua tebusan yang ditahan di Gaza dibebaskan, manakala tekanan ketenteraan adalah mustahak untuk mencapai sasaran tersebut.
Netanyahu menekankan bahawa kawasan Gaza mesti dibebaskan ketenteraan dan dikawal penuh oleh Israel.
"Semua kawasan di Tebing Barat mesti dikawal oleh Israel" dan ini tidak akan dikompromi Israel, menurut Netanyahu.
Dalam perkembangan berkaitan, jabatan keselamatan Palestin di kawasan Gaza memaklumkan pada Ahad, sejak konflik tercetus pada 7 Oktober lalu, seramai 25,000 orang Palestin terbunuh di kawasan Gaza. Menurut pihak Israel pula, lebih 1,300 warga Israel maut dalam konflik itu, dan lebih 100 lagi masih ditahan di Gaza.