Xi Mahu Operasi Sedaya Upaya Selamatkan Mangsa Tanah Runtuh

2024-01-22 14:46:35  CRI
Share with:

Bencana tanah runtuh berlaku di kampung Liangshui, pekan Tangfang, kaunti Zhenxiong di bandar Zhaotong, provinsi Yunnan di barat daya China, pada kira-kira pukul 6.00 pagi tadi, mengakibatkan 18 isi rumah tertimbus dan 47 orang masih dilaporkan hilang.

Presiden China Xi Jinping membuat arah penting, mahu pasukan penyelamat segera dikejarkan ke tempat kejadian, dan sedaya upaya mencari dan menyelamatkan mangsa yang masih hilang.

Di samping itu, beliau mahu kerja pengawasan dan amaran awal ditingkatkan, dan operasi mencari dan menyelamat dijalankan secara saintifik untuk mengelakkan bencana susulan daripada berlaku.

Sementara itu, Xi mahu pihak berkaitan membuat aturan sewajarnya kepada keluarga mangsa dan memindahkan penduduk yang terjejas ke tempat lebih selamat.

Beliau turut mengingatkan pihak-pihak berkuasa berkaitan di seluruh negara agar menjalankan pemeriksaan keselamatan, mengurangan risiko dan menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk mencegah dan mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku, benar-benar menjamin keselamatan nyawa dan harta benda rakyat.