Gempa Bumi Gegarkan Xinjiang, Telekomunikasi Tidak Terjejas

2024-01-23 14:31:00  CRI
Share with:

Bencana gempa bumi berukur 7.1 pada skala Ritcher melanda kaunti Ush, daerah Aksu di Xinjiang, barat laut China pada awal pagi Selasa.

Jabatan Pentadbiran Telekomunikasi Xinjiang berkata selepas bencana itu berlaku, pihaknya segera menghantar kakitangan ke kawasan terbabit untuk membaiki kemudahan telekomunikasi yang terjejas. 

Sehingga pukul 7.00 pagi, seramai 216 kakitangan, 61 kenderaan, 45 mesin janakuasa, 37 telefon satelit digunakan dalam operasi berkaitan. Sebanyak 60 pangkalan telekomunikasi telah dibaiki dan tidak menjejaskan telekomunikasi pengguna. 

Sementara itu, pelbagai syarikat telekomunikasi mengikuti arahan pihak atasan dan menggerakkan pelan tindak balas kecemasan supaya menjamin kelancaran komunikasi di kawasan terbabit.