Utusan Khas Presiden Xi Sertai Upacara Pelantikan Presiden Liberia

2024-01-23 15:42:39  CRI
Share with:

Utusan khas Presiden China Xi Jinping, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) Bater menyertai upacara pelantikan Joseph Nyumah Boakai sebagai Presiden Liberia di Monrovia, atas undangan presiden baharu negara itu pada Isnin.

Bater telah menyampaikan salam mesra dan mogaan baik daripada Presiden Xi kepada Boakai. Menurutnya, China mementingkan hubungan dengan Liberia dan bersedia bersama negara itu meningkatkan persefahaman antara satu sama lain, memperkasakan kerjasama dalam pelbagai sektor agar mendorong hubungan perkongsian komprehensif kedua-dua negara ke hadapan.