Gempa Xinjiang: Barang Bantuan Disalur ke Kawasan Bencana

2024-01-23 13:52:17  CRI
Share with:

Pihak berkuasa China mengaktifkan tindak balas kecemasan peringkat III dan menghantar pasukan kerja ke kawasan bencana selepas gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter melanda kaunti Wushi, daerah Aksu di wilayah Xinjiang pagi tadi.

Menurut Kementerian Pengurusan Kecemasan, barang keperluan turut disalurkan ke kaunti itu untuk menyokong operasi bantuan bencana serta pemindahan penduduk terjejas.

Barang bantuan itu merangkumi 1,000 khemah, 5,000 baju tebal, 5,000 selimut tebal, 5,000 tilam, 5,000 katil lipat dan 1,000 alat pemanas.