PM Palestin Tekan "Penyelesaian Dua Negara" Patut Dilaksanakan

2024-01-23 13:54:12  CRI
Share with:

Perdana Menteri Palestin Mohammed Ishtaye berkata masyarakat antarabangsa telahpun mencapai konsensus mengenai penubuhan negara Palestin, dan konsensus itu patut ditukar menjadi langkah praktikal untuk benar-benar memastikan penubuhan negara itu. 

Mohammed Ishtaye juga berkata konflik Palestin-Israel mesti dihentikan, sementara negara-negara yang memihak Israel pula berkewajipan untuk menghalang kekerasan Israel. 

Perdana Menteri Palestin itu berkata demikian pada Isnin, ketika mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang menentang penubuhan negara Palestin pada 20 Jan.

Masyarakat antarabangsa secara amnya berpendapat bahawa satu-satunya jalan keluar bagi isu Palestin adalah "Penyelesaian Dua Negara", yakni penubuhan negara Palestin merdeka yang mempunyai kedaulatan penuh berdasarkan garis sempadan tahun 1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya, demi secara asasnya mencapai kewujudan bersama secara aman Palestin dan Israel, dan mewujudkan keamanan berkekalan di rantau Asia Barat.