Lapan Terbunuh Kes Tembakan di Illinois

2024-01-23 15:16:27  CRI
Share with:

Seorang suspek dari Illinois, Amerika Syarikat (AS) melakukan beberapa kes tembakan pada Ahad dan Isnin lalu, menyebabkan lapan orang terbunuh. 

Polis tempatan Illinois berkata suspek berkenaan, Romeo Nance disyaki melakukan tembakan di tiga tempat.

Menurut polis tempatan, mangsa pertama ditemui di rumahnya di kaunti Will, dan tujuh lagi ditemui di dua rumah dalam blok sama di bandar Joliet, 9.6 kilometer dari tempat kejadian pertama.

Polis sedang mencari suspek berkenaan.