Sekolah Malam Cuit Hati Generasi Muda China

2024-01-24 14:20:25  CRI
Share with:

Sekolah malam mencuit hati dalam kalangan orang muda di China, dengan menawarkan yuran pengajian yang rendah serta pelbagai kursus berorientasikan kemahiran.

Bayaran sehingga 50 yuan (RM33.4) bagi satu sesi, kemahiran seperti seni gubahan bunga, teknik penyediaan kopi dan kerajinan warisan tidak ketara merupakan antara yang mampu dikuasai dalam tempoh singkat.

Pengambilan kursus tersedia oleh sekolah malam memperlihatkan jiwa orang muda yang lebih suka mencuba pelbagai perkara baharu dan mengutip pengalaman, sekali gus merupakan satu alternatif yang membantu mereka melepaskan lelah kerja seketika, meredakan tekanan atau sekadar mengisi masa lapang.

Pada hujung abad ke-20, sekolah malam muncul di serata negara seperti cendawan selepas hujan, disebabkan permintaan yang semakin meningkat terhadap latihan vokasional dan kemahiran teknikal.

Pada separuh kedua 2023, sekolah malam muncul di khalayak ramai lagi. Bagi generasi muda zaman sekarang, sekolah malam memang tempat terbaik untuk lari seketika daripada hiruk-pikuk dunia.