"Penyelesaian Dua Negara" Satu-satunya Resolusi Konflik Palestin-Israel: Wakil China

2024-01-24 14:06:44  CRI
Share with:

Majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat peringkat tinggi mengenai isu Palestin-Israel pada Selasa. 

Wakil tetap China ke PBB, Zhang Jun berkata situasi di Gaza telah melampaui hati nurani manusia dan garis bawah undang-undang antarabangsa, ia mesti dihentikan. 

Beliau menekankan bahawa "Penyelesaian Dua Negara" mesti disambung semula, dan menyokong Palestin menjadi anggota rasmi PBB secepat mungkin.

Zhang Jun menyatakan, konflik antara Palestin dan Israel yang berlarutan selama lebih tujuh dekad telah mencerminkan bahawa jalan keluar bagi mewujudkan kedamaian berkekalan adalah keinginan dan iltizam politik. Pada masa ini, masyarakat antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan perlu menunjukkan keazaman teguh dan mengambil langkah paling berkesan untuk meredakan situagi tegang di Gaza. 

Beliau menegaskan, "Penyelesaian Dua Negara" mesti disambung semula kerana ia merupakan satu-satunya jalan keluar untuk mewujudkan kedamaian antara Palestin dan Israel dan juga tuntutan tegas untuk melaksanakan resolulsi Majlis keselamatan PBB.