Dua Pemain Piano Tular di Media Sosial China

2024-01-24 15:27:26  CRI
Share with:

Dua pemain piano yang menjadi tular di media sosial China.

Yi Qunlin, seorang pekerja binaan yang tular kerana bermain piano di tempat awam dengan memakai baju seragam kerja, baru-baru ini diundang menghadiri Gala Tahun Baru Cina anjuran CMG.


Brendan Kavanagh, seorang pemain piano dan pempengaruh Youtube Britain yang menolak permintaan dengan sikap baik sekumpulan pelancong China supaya menghapuskan rakaman video yang ada gambar mereka, sebaliknya mendakwa kerajaan China campur tangan dalam isu kebebasan asasi di Britain.


Kini, klip video pendek sangat popular di media sosial. Kita boleh menyaksikan orang memegang telefon bimbit dan mengambil video di mana-mana. Yi Qunlin turut tular kerana ada orang mengambil rakaman video dan memuat naik rakaman dia bermain piano ke media sosial. Cuma Satria berpendapat, satu prinsip yang patut diberi perhatian adalah jika seseorang menolak dirakam dalam video anda, khususnya video yang akan didedahkan kepada masyarakat awam, dia berhak menuntut agar video tersebut dihapuskan.


Saya yakin setiap orang ada pengalaman seperti Satria. Ketika melihat kamera dihalakan ke arah kami, kami akan cuba mengelak. Dalam kes yang berlaku pada hari Jumaat minggu lalu, polis tempatan telah mengarahkan Brendan Kavanagh menghapuskan video tersebut bagi melindungi hak asasi mangsa. Tetapi apa yang dilakukan oleh Brendan Kavanagh adalah menyunting supaya kandungan video itu berpihak kepadanya dan memuat naik video tersebut ke Youtube. Tindakan  Kavanagh ini bertujuan menimbulkan pertikaian antara China dengan Britain, sebab dia tahu isu ini akan menarik banyak tumpuan dalam media sosial. 

Berdasarkan video kedua-dua pihak dalam kes ini, Satria mendapati kumpulan orang Cina dan pelancong China di London merancang membuat rakaman bermain piano di stesen kereta api London untuk sambutan Tahun Baru Cina dengan kerjasama badan media dari China. Oleh itu mereka semua memegang bendera kebangsaan China.


Ketika tiba di stesen itu, mereka mendapati Brendan Kavanagh sedang bermain piano di sana. Brendan Kavanagh yang melihat mereka berdiri di belakang bertanya adakah mereka orang Jepun? (Satria fikir dia sengaja bertanya begitu sebab mustahil tidak dapat membezakan bendera kebangsaan China dengan Jepun). Seterusnya Kavanagh berulang kali meminta seorang perempuan dalam kmpulan itu untuk menari di depan kamera, tapi ditolak. Bagaimanapun, ada seorang lelaki Cina atau pelancong China bersedia memainkan rakaman klip muzik di depan kamera Brendan Kavanagh. Setakat ini suasana antara kedua-dua pihak masih tenang.


Setelah menunggu selama lebih 40 minit, dan Brendan Kavanagh tetap tidak berhenti bermain piano, seorang perempuan warganegara Britain yang berketurunan Cina bertanya Brendan Kavanagh bilakah giliran mereka. Pada masa itu, mereka baru mengetahui Brendan Kavanagh adalah seorang pempengaruh media sosial yang mempunyai lebih dua juta pengikut. Namun, kerjasama mereka dengan badan media China tidak mengizinkan aktiviti tersebut didedahkan sebelum TBC. Maka, mereka meminta dengan sikap yang bersahabat agar Brendan Kavanagh menghapuskan video yang ada gambar mereka.

Brendan Kavanagh yang bijak mencipta topik panas dan menarik tumpuan segera menggunakan peluang ini untuk mengada-adakan cerita bahawa komunis China campur tangan dalam isu kebebasan di Britain sedangkan dia berhak mengambil video di tempat awam.


Setelah menonton video yang dimuat naik oleh Brendan Kavanagh, Satria mendapati dia pernah beberapa kali diusir oleh pihak polis. Kali ini polis menyebelahi pelancong Cina itu. Jelas “kebebasan” Brendan Kavanagh telah melampaui batas dan hanya untuk mencipta topik dan pertentangan yang panas demi pengaruh dan juga wang.


Meskipun Yi Qunlin bermain piano dengan memakai topi keselamatan, bahkan bajunya kurang bersih, manakala Brendan Kavanagh memakai kaca mata hitam dan kelihatan sangat bergaya, Yi Qunlin memiliki hati yang lebih bersih berbanding Brendan Kavanagh. Beliau barulah penggembar muzik yang benar.