Buku Wacana Xi Jinping Mengenai Pembangunan Negara Perkilangan Kuat Diterbit

2024-01-24 14:45:53  CRI
Share with:

Buku Wacana Penting Xi Jinping Mengenai Pembangunan Negara Perkilangan Kuat, yang disusun oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat, diterbitkan oleh The People's Publishing House dan diedarkan di seluruh China baru-baru ini. 

Wacana penting Xi Jinping mengenai pembangunan negara perkilangan kuat merupakan komponen penting daripada Fikiran Xi Jinping Mengenai Sosialisme Bercirikan China pada Era Baharu. Ia juga merupakan pedoman dan panduan bagi usaha membangunkan negara perkilangan yang kuat dalam perjalanan baharu pada era baharu. 

Buku ini terdiri daripada 12 bab, memberikan penjelasan terperinci mengenai inti pati, konotasi dan keperluan praktikal wacana penting Xi mengenai pembangunan negara perkilangan kuat.