AS Kena Sekatan Terhadap Syarikat Penerbangan Fly Baghdad
2024-01-24 14:46:17 CRI
Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pada 22 Jan bahawa pihaknya akan mengenakan sekatan terhadap syarikat penerbangan tambang rendah dari Iraq, Fly Baghdad dan CEOnya dengan alasan syarikat itu memberikan bantuan kepada Kor Pengawal Revolusi Islam Iran serta organisasi proksinya di Iraq, Syria dan Lubnan.
Sebagai respons kepada keputusan tersebut, Fly Baghdad menyatakan bantahan keras dan menyifatkan sekatan Washington itu sebagai tidak munasabah.
Ketua keselamatan Fly Baghdad Namir berkata pengangkutan di lapangan terbang Iraq berada di bawah kawalan penuh pihak berkuasa keselamatan Iraq.