Perkembangan Industri Penghantaran Ekspres Yang Pesat Cerminan Pertumbuhan Ekonomi yang Mapan di China

2024-01-24 14:30:05  CRI
Share with:

Tahun Baharu Cina (TBC) akan jatuh pada 10 Feb nanti. Syarikat-syarikat perkhidmatan hantaran ekspres memberitahu bahawa mereka tidak akan menghentikan operasi dalam tempoh cuti sempena perayaan yang paling penting bagi rakyat China itu. Sementara pusat logistik dan pusat perkhidmatan berkaitan juga tidak akan berhenti. 

Menurut statistik pihak berkuasa China pada Isnin lalu, jumlah hantaran ekspres di negara ini mencatat angka 132.07 bilion unit pada 2023, menokok 19.4 peratus berbanding tahun sebelumnya, dan mengekalkan tangga teratas di dunia selama sepuluh tahun berturut-turut. 

Perkhidmatan penghantaran ekspres tersebut merangkumi urusan dalam dan luar negeri, dengan pelanggan berada di seluruh dunia. 

Dalam tempoh sepuluh tahun lalu, jumlah hantaran ekspres China meningkat daripada paras 10 bilion kepada 100 bilion, dan mewakili lebih 60 peratus daripada jumlah urusan global.

Sektor perkhidmatan penghantaran ekspres ialah salah satu komponen penting dalam industri perkhidmatan moden, dan jumlah hantaran ekspres dianggap indeks penting yang mencerminkan prestasi ekonomi China. Perkembangan pesat industri penghantaran ekspres di China tidak boleh berpisah dengan sokongan permintaan, pembekalan dan saluran perantaraan yang kukuh.

China yang mempunyai jumlah penduduk sebanyak lebih 1.4 bilion adalah pasaran penggunaan yang berpotensi paling besar di dunia. Menurut pengiraan, jumlah hantaran ekspres mencatat 350 juta unit secara purata sehari di China. Pada 2023, kadar sumbangan perbelanjaan penggunaan muktamad kepada pertumbuhan ekonomi China mencatat 82.5 peratus dan mendorong pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.2 peratus. 

Pada masa ini, industri penghantaran ekspres telah menjadi kad nama baharu bagi China. Peningkatan jumlah perniagaan sektor ini memperlihatkan peningkatan penggunaan, sekali gus merangsang permintaan.