Risiko Kebuluran di Gaza Semakin Meningkat: WFP

2024-01-24 13:53:19  CRI
Share with:

Menurut data Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat pada Selasa, kira-kira 570,000 orang di Gaza mengalami kebuluran yang teruk. Disebabkan banyak faktor, agensi kemanusiaan sukar untuk menyalurkan bantuan berkesan ke Gaza. 

Pegawai Program Makanan Dunia (WFP) pula menyatakan bahawa pada masa ini pihaknya sukar untuk menghantar bekalan makanan ke utara Gaza, dan risiko kebuluran di Gaza semakin meningkat. 

Data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula menunjukkan bahawa sejak tercetusnya konflik Palestin-Israel pada Oktober lalu, seramai 1.9 juta orang kehilangan tempat tinggal di Gaza, mewakili 85 peratus daripada jumlah penduduk di kawasan itu.