Roket Zhuque-3 Selesai Ujian VTVL Vertikal Pertama

2024-01-24 14:55:45  CRI
Share with:

Roket Zhuque-3 yang dibangunkan oleh syarikat aeroangkasa swasta China, LandSpace, berjaya menyelesaikan ujian pelepasan dan pendaratan vertikal (VTVL) pertamanya di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan baru-baru ini.

Ujian itu berlangsung selama kira-kira 60 saat, menyaksikan penerbangan Zhuque-3 mencapai ketinggian 350 meter dengan tahap ketepatan pendaratan kira-kira 2.4 meter.

Roket pembawa berkuasa metana itu mempunyai diameter 4.5 meter dan direka untuk digunakan sekurang-kurangnya 20 kali.

Dengan bahan keluli tahan karat berkekuatan tinggi, kos pelancaran boleh dikurangkan sebanyak 80 hingga 90 peratus berbanding roket jenis pakai buang.