CMG, Syarikat Penyiaran Antigua and Barbuda Tandatangani MoU Kerjasama

2024-01-25 15:09:41  CRI
Share with:

Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong dan Menteri Luar, Pertanian, Perdagangan serta Urusan Barbuda dari negara Antigua and Barbuda,  Paul Chet Green menandatangani Memorandum Kerjasama CMG-Syarikat Penyiaran Antigua and Barbuda di Beijing pada Rabu, bersempena lawatan Perdana Menteri Antigua and Barbuda, Gaston Browne  di China. 

 Upacara penandatanganan itu disaksikan oleh Perdana Menteri kedua-dua negara.

Pada hari yang sama,  Gaston Browne  pula mengunjungi wisma CMG di Jalan Guanghua. 

"CMG meninggalkan kesan mendalam kepada saya.  Pencapaian dan perkembangan CMG serta pengaruhnya di arena antarabangsa amat mengagumkan dan mengujakan," kata beliau.