“Profesor Cendawan” di Hutan Hujan Hainan

2024-01-25 11:13:09  cri
Share with:

Zeng Niankai, profesor dari Kolej Sains Hayat Universiti Normal Hainan  yang disapa siswa-siswi dengan jolokan “profesor cendawan” menumpu kepada pengajian, perlindungan, penerokaan dan penggunaan spesies kulat besar.

Dalam tempoh lebih 20 tahun yang lalu, Zeng dan pelajarnya pernah menjejak kaki di hampir semua gunung besar dan hutan hujan di pulau Hainan, dan berjaya menemui serta memberi nama kepada 98 jenis kulat besar spesies baharu.