CMG, Kementerian Media Nauru Jalin Kerjasama

2024-01-25 13:36:44  CRI
Share with:

Sempena pemulihan hubungan diplomatik China-Nauru, biro Kumpulan Media China (CMG) di Yaren dilancarkan secara rasmi pada Rabu. 

Ia sekali gus menjadi biro seumpama ke-192 yang dikendalikan CMG di luar negara.

Majlis perasmian berlangsung di pejabat presiden Nauru, menyaksikan CMG dan Kementerian Media Nauru menandatangani memorantum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dan pertukaran sesama media.

Menteri Media Nauru Shadlog Bernicke dan Menteri Dalam Negeri Charmain Eraidinomo Scotty turut hadir menyampaikan ucapan. 

Mereka mengalu-alukan pembukaan biro CMG di Nauru dan berharap kedua-dua pihak merancakkan kerjasama membabitkan program latihan media dan pertukaran personel.

Dua pegawai itu meluahkan harapan agar CMG dapat membantu memperkenalkan Nauru kepada dunia, di samping membolehkan rakyat Nauru mengenali China melalui platform CMG.

Naib ketua biro induk CMG bagi Asia Pasifik, Li Feng menyifatkan jalinan kolaborasi berkenaan menandakan satu permulaan baharu ke arah membentuk mekanisme kerjasama media antara China dengan negara kepulauan Pasifik. 

Tambah beliau, CMG bersedia bersama badan media Nauru untuk mempertingkat persefahaman, membina konsensus dan menyebarkan persahabatan sekali gus membuka lembaran baharu kerjasama media kedua-dua negara.