PLA Waspada Kapal Pemusnah AS Belayar di Selat Taiwan

2024-01-25 14:58:53  CRI
Share with:

Jurucakap Teater Timur Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China,  kolonel kanan Shi Yi mengatakan, kapal pemusnah USS John Finn, DDG 113 milik Amerika Syarikat (AS) belayar melalui perairan Selat Taiwan semalam dan perkara itu turut digembar-gemburkan pihak AS. PLA yang berpangkalan di Teater Timur berwaspada serta melakukan pemantauan terhadap gerak-gerinya sepanjang pelayaran menurut undang-undang dan peraturan berkenaan. Tentera AS yang berniat jahat sering mencetuskan provokasi mutakhir ini yang bertujuan menjejaskan kedamaian dan kestabilan serantau. PLA yang kekal berada pada tahap waspada yang tinggi bertekad membela kedaulatan dan keselamatan negara serta kestabilan serantau.