Komen Positif 120 Negara Cermin Pencapaian China dalam Bidang Hak Asasi Manusia

2024-01-25 15:43:16  CRI
Share with:

China mendapat komen positif dari lebih 120 buah negara, selepas memperkenalkan pendekatan dan pencapaiannya dalam bidang pembangunan hak asasi manusia dalam perbahasan pusingan keempat Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Switzerland pada Selasa waktu tempatan. Malah terdapat beberapa wakil yang belum sampai satu minit ketika berucap, turut menyatakan pengiktirafan terhadap situasi hak asasi manusia China pada masa ini.

Juga pada Selasa, China telah mengeluarkan kertas putih “Sistem Perundangan dan Langkah Antikeganasan China" yang memperkenalkan secara terperinci amalan dan keberkesanan anti-keganasan di negara China, sekali gus memberikan jawapan kepada mereka yang berminat mengambil tahu dan menginsafi perubahan yang dialami Xinjiang. Pakar berkaitan menyatakan bahawa jika dilihat dari kandungan kertas putih itu, anti-keganasan yang dijalankan di sisi undang-undang bukan sahaja memaksimumkan usaha memerangi keganasan yang membahayakan keselamatan nyawa dan harta benda orang awam, tetapi juga pada asasnya berperanan melindungi  hak asasi manusia. Terdapat tinjauan pendapat yang menunjukkan bahawa rasa selamat yang dikecapi penduduk China meningkat daripada 87.55% pada tahun 2012 kepada 98.62% pada 2021.

Ramai selebriti internet warga asing pernah melawat Xinjiang pada tahun 2023 yang lalu. Mereka berpeluang menunggang unta, menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV), menikmati keindahan hutan Huyang (Populus euphratica) yang mempesona di padang pasir, bersama-sama menyanyi dan menari dengan penduduk Xinjiang di pasar malam, selain menghayati karya warisan budaya tidak ketara setempat. Ketenteraman dan kemakmuran Xinjiang turut meninggalkan kesan mendalam kesan pada mereka. 

"Saya merasakan suasana yang terbuka dan inklusif yang bercirikan China di Xinjiang," kata Paola, sarjana dari Romania. 

Membanteras keganasan boleh membantu mewujudkan keselamatan dan ketenteraman, selanjutnya keselamatan dan ketenteraman pula membawa dividen kepada pembangunan, dan dividen itu juga kondusif bagi memperkukuh lagi keselamatan dan ketenteraman. Melihat dari perubahan yang berlaku di Xinjiang, tidak sukar untuk mendapat satu kesimpulan macam ini.

Di sebalik situasi semasa yang tidak stabil di dunia ini, dan onak duri yang bertabur di jalan memerangi keganasan antarabangsa yang masih dilihat sebagai satu "masalah kronik," China bertindak konsisten memerangi keganasan mengikut undang-undang, mengekalkan keselamatan dan ketenteraman serantau dan antarabangsa, hingga membuat sumbangan penting kepada tadbir urus hak asasi manusia dalam senario global. 

Dalam perbahasan pusingan keempat UNHRC tersebut, China mengumumkan 30 langkah baharu tentang perlindungan hak asasi manusia, termasuk menambah baik kesejahteraan rakyat, mengukuhkan jaminan hak asasi manusia melalui penguatkuasaan undang-undang yang terbabit dan mempergiat kerjasama antarabangsa, selain menyokong mekanisme UNHRC. 

Keadilan terdapat pada hati orang. Sejauh manakah China berusaha melindungi hak asasi manusia boleh dicerminkan dan dibuktikan melalui sokongan dari lebih 120 buah negara.