China, Antigua and Barbuda Eratkan Hubungan Bilateral: Xi

2024-01-25 15:05:01  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping ditemui Perdana Menteri Antigua and Barbuda, Gaston Browne di Dewan Besar Rakyat pada Rabu. 

Xi terlebih dahulu merakamkan ucapan aluan tentang lawatan Gaston Browne pada permulaan tahun 2024 ini. 

"Tuan merupakan pemimpin dari negara-negara Amerika Latin dan Caribbean yang pertama yang melawat China tahun ini. Saya berbesar hati bertemu lagi dengan tuan selang sepuluh tahun bersempena lawatan Tuan yang kali ke-5 di China. Sebagai sahabat lama China, tuan sentiasa mementingkan hubungan dengan China, mengamalkan prinsip Satu China dan memberikan sokongan teguh kepada negara ini dalam isu-isu yang mengenai kepentingan teras dan keprihatian utama. Saya menyanjungi tinggi atas usaha tuan dan bersedia bersama untuk meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan negara masing-masing supaya dapat membuahkan hasil yang lebih banyak dalam hubungan dua hala demi manfaat rakyat kedua-dua negara, "  kata Xi.

Gaston Browne berkata, pelbagai inisiatif anjuran China seperti Inisiatif Jalur & Laluan (BRI), Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI) yang bertujuan untuk memperjuangkan kemakmuran dan kedamaian bersama dalam senario global, mendapat pengiktirafan secara menyeluruh di arena antarabangsa. Diharapkan negara lain, terutamanya negara-negara membangun dapat mengikuti jejak China dalam bersama-sama membina dunia yang lebih harmoni dan adil.