Penggantungan Operasi Pesawat Boeing 737 MAX 9 Bawa Kerugian USD150 Juta

2024-01-26 14:48:57  CRI
Share with:

Syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS), Alaska Airlines mendakwa bahawa penggantungan operasi pesawat penumpang Boeing 737 MAX 9 akan membawa kerugian kira-kira USD150 juta kepada syarikat itu, memetik laporan CNN pada khamis. 

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengarahkan operasi pesawat Boeing 737 Max 9 digantung sementara susulan sebuah pesawat Alaska Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas kerana panel pada kabin pesawat tercabut semasa dalam penerbangan pada 5 Januari.