Pulih Ikatan Diplomatik dengan China, Pilihan Rakyat Nauru dan Trend Sezaman
"Hanya ada satu China di dunia", "Nauru mempunyai laut yang indah, pelancong China amat dialu-alukan". Mutahir ini, ramai netizen dari Nauru meninggalkan komen, menzahirkan rasa gembira atas pemulihan ikatan diplomatik China dan Nauru.
Sebelum ini, kongres Nauru meluluskan resolusi dengan undian penuh, memutuskan 'ikatan diplomatik dengan Taiwan' dan menjalinkan semula hubungan diplomatik dengan China.
Ini mencerminkan bahawa keputusan kerajaan Nauru itu adalah aspirasi rakyat Nauru, ia bersesuaian dengan kepentingan negara itu dan selaras dengan trend perkembangan sejarah.
Pemulihan ikatan diplomatik Nauru dengan China tanpa syarat merupakan keputusan diplomatik Nauru secara bebas, sekali lagi membuktikkan prinsip satu China merupakan konsensus masyarakat antarabangsa.
Selepas China dan Nauru menandatangani pengumuman bersama mengenai penyambungan semula ikatan diplomatik, jumlah negara yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan China merekodkan 183. Pada masa yang sama, apa yang disebut 'negara yang ada ikatan diplomatik' dengan Taiwan hanya tinggal 12.
Kerajaan Nauru dalam pengumuman menyatakan, resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2758 mengiktiraf kerajaan Republik Rakyat China sebagai satu-satunya kerajaan sah yang mewakili China, manakala Taiwan merupakan salah sebahagian yang tidak dapat dipisahkan dari China. Oleh itu, prinsip satu China yang dimasukkan dalam undang-undang antarabangsa tidak boleh disalahtafsirkan.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, dengan bantuan China, infrastruktur di negara-negara kepulauan Pasifik termasuk Papua New Guinea, Vanuatu, dan Kepulauan Solomon semakin baik, serentak dengan pertumbuhan ekonomi dan penambahan peluang kerja. Selepas ikatan dilpomatik China dan Nauru dipulihkan, China akan memegang polisi "menghormati Nauru dalam empat bidang" untuk mengadakan pertukaran dan kerjasama dengan negara itu dalam pelbagai bidang.
"Bagi mereka yang masih bersikap teragak-agak, tibalah masa untuk membuat pilihan," kata Menteri Luar Nauru, Lionel Aingim.
Beliau berpendapat, prinsip satu China adalah kecederungan perkembangan sejarah. Segelintir kecil negara yang berikatan diplomatik dengan Taiwan pasti akan membuat pilihan betul yang bersesuaian dengan arus perkembangan sejarah dan kepentingan masing-masing.