Musim Pengangkutan TBC Bermula

2024-01-26 16:03:17  CRI
Share with:

Hari ini merupakan hari pertama musim pengangkutan sempena perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) tahun ini. Menurut unjuran pihak berkuasa, seramai 9 bilion orang akan mengadakan perjalanan rentas wilayah dalam musim pengangkutan selama 40 hari ini.

Antaranya, jumlah penumpang yang menggunakan kereta api diunjur akan mencapai 480 juta, iaitu 12 juta secara purata sehari. 

Pada hari pertama musim pengangkutan TBC ini, jumlah penghantaran penumpang melalui kereta api diunjur mencatat 10.6 juta.