Kampung Miskin Bertukar Wajah Baharu

2024-01-26 11:13:22  cri
Share with:

Kampung Yuhu yang bersejarah dan terpelihara yang berpenduduk etnik Naxi, terletak di kaki gunung salji Yulong di bandar Lijiang provinsi Yunnan.

Pembangunan pelancongan dan pembinaan infrastruktur telah membawa perubahan besar kepada Kampung Yuhu yang pernah tersenarai antara kampung paling miskin di Lijiang.

Menurut statistik berkenaan, Kampung Yuhu telah menerima kunjungan pelancong lebih 60 ribu orang dan memperoleh pendapatan kira-kira RMB5.2 juta (RM3.38 juta) pada Januari hingga Ogos pada tahun 2023.