Kemudahan Bebas Visa 'Hadiah' TBC Buat Rakyat China, Singapura
2024-01-26 14:07:23 CRI
Kemudahan bebas visa yang dipersetujui China dan Singapura disifatkan sebagai 'hadiah' Tahun Baharu Cina (TBC) buat rakyat kedua-dua negara.
Jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin berkata kemudahan seumpama akan merancakkan lagi pertukaran sosiobudaya dan melonjakkan ikatan China-Singapura serta kerjasama dalam pelbagai bidang.
China dan Singapura menandatangani perjanjian mengenai pengecualian visa bagi pemegang pasport biasa satu sama lain pada Khamis.
Perjanjian itu akan berkuat kuasa secara rasmi pada 9 Februari iaitu malam TBC, membolehkan warga masing-masing melakukan perjalanan tanpa visa selama 30 hari antara kedua-dua negara.