Pasar Mesra Rakyat Beroperasi di Huzhou pada Ambang TBC

2024-01-27 10:58:26  CRI
Share with:

Suasana menjadi semakin meriah di bandar Huzhou provinsi Zhejiang di ambang Tahun Baharu Cina (TBC), seiring dengan beroperasinya pasar mesra rakyat dan pelbagai perkhidmatan yang tersedia secara percuma dalam sebahagian taman perumahan melibatkan sesi menulis kuplet, menggunting rambut, penjahitan dan diagnosis.