Rawatan Jangka Panjang Tersedia kepada Semua Pembeli Insurans Kesihatan di Ningbo

2024-01-27 22:02:23  cri
Share with:

Perkhidmatan rawatan jangka panjang yang memfokuskan orang kurang upaya yang sakit teruk, mula disediakan di lima daerah bandar Ningbo di provinsi Zhejiang sejak Disember 2017, dengan tujuannya membantu mereka mengurangkan beban kewangan.

Seterusnya bermula bulan Januari 2023, perkhidmatan rawatan jangka panjang meliputi dua pilihan, iaitu menerima rawatan dalam institusi atau di rumah, dilaporkan tersedia kepada semua pembeli insurans kesihatan di seluruh bandar Ningbo yang merupakan antara pelaksana projek pilot di peringkat kebangsaan untuk fasa pertama.