Presiden Xi Ucapkan Tahniah kepada Gabenor Australia David Hurley

2024-01-27 15:15:31  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Gabenor Australia David Hurley sempena sambutan Hari Kebangsaan Australia pada Jumaat.

Xi dalam perutusannya menegaskan bahawa pada tahun lalu, dengan usaha bersama kedua-dua pihak, hubungan China-Australia bertambah baik. Hubungan dua hala yang sihat, stabil dan membina memenuhi kepentingan bersama kedua-dua negara dan rakyat masing-masing. Ia selaras dengan harapan bersama negara-negara di rantau ini dan juga selari dengan trend perkembangan sejarah keamanan dan pembangunan dunia.

"Saya amat mementingkan perkembangan hubungan China-Australia. Sepuluh tahun lalu, saya melawat Australia yang indah dan kedua-dua negara menjalin perkongsian strategik komprehensif.

"Berdiri di titik permulaan sejarah baharu, kita harus menegakkan prinsip saling menghormati, sama rata, mencari persamaan dan menyisihkan perselisihan pendapat, saling untung dan sama menang, agar menggalakkan hubungan dua hala berkembang ke hadapan dan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara," kata Xi.