Hantar Masakan kepada Warga Emas dalam Cuaca Salji

2024-01-27 21:59:42  cri
Share with:

Salji pertama bagi tahun 2024 sudah turun di pusat bandar Changsha provinsi Hunan baru-baru ini.

Cuaca yang sejuk dan jalan yang licin merupakan halangan bagi golongan warga emas yang tinggal bersendirian khususnya yang kurang upaya, yang amat memerlukan perkhidmatan masakan. 

Dengan ini, Pejabat Pengurusan Jalan Yunan di daerah Tianxin bandar Changsha menugaskan sekelompok sukarelawan kurier menghantar masakan kepada mereka secara percuma.