Rumah ‘Rehat & Rawat’ untuk Pekerja Luar di Haidian

2024-01-27 22:20:05  cri
Share with:

Aktiviti Lambaian Tahun Baharu Cina (TBC) untuk pekerja baharu yang bertugas di luar bangunan yang kebanyakannya merupakan kurier diadakan di pejabat Jalan Taipingzhuang Utara daerah Haidian di bandar Beijing baru-baru ini.

Aktiviti interaksi yang melibatkan sesi menulis karakter “Fu” berdasarkan seni kaligrafi yang bermaksud “bertuah”, sesi bermain teka-teki dan lain-lain itu, menyaksikan penyertaan lebih 150 pekerja.

Difahamkan, Persekutuan Kesatuan Sekerja di Jalan Taipingzhuang Utara daerah Haidian telah membina satu rumah ‘rehat & rawat’ di mana tersedia perkhidmatan bekalan air minuman, tempat rehat, rawatan perubatan yang mudah, membaca, katering dan lain-lain untuk kelompok pekerja yang bertugas di luar bangunan pada tahun 2021.