CMG Lancar Produk Kebudayaan dan Kreatif, Beri Mandat Harta Cipta "Musim Gala TBC"

2024-01-27 15:45:35  CRI
Share with:

Kumpulan Media China (CMG) melancarkan produk kebudayaan dan kreatif, serta memberikan mandat harta cipta "Musim Gala Tahun Baharu Cina (TBC)" tahun 2024 pada Jumaat. Program kerjasama berkaitan turut diumumkan serentak dengan pelancaran pelan kerjasama pasaran pada Tahun Naga ini. 

Gala TBC bukan sekadar simbol budaya China yang diterima ramai di serata dunia, tetapi juga penggalak penting bagi perkembangan industri kebudayaan dan kreatif. Dalam tempoh perayaan TBC pada tahun 2023, CMG memperkasakan kerja pemberian mandat, pengoperasian hak cipta dan pengiklanan berpandukan konsep "Musim Gala TBC". Berteraskan Gala TBC, komponen mengenainya, produk  yang mempunyai hak cipta berkaitan muncul menggalakkan pewarisan dan inovasi budaya tradisional cemerlang China, sekali gus menyuntik kedinamikan kepada pasaran penggunaan kebudayaan.