Sibuk Tangkap Ikan untuk Bekalan Pasaran di Ambang TBC

2024-01-27 10:40:57  CRI
Share with:

Suasana sibuk boleh terasa dalam operasi menangkap ikan untuk bekalan pasaran di daerah Fengnan bandar Tangshan di provinsi Hebei pada ambang Tahun Baharu Cina (TBC). Industri akuakultur yang berkembang maju di daerah Fengnan yang kaya dengan sumber air sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bukan sahaja boleh membantu menjana pendapatan pengusaha tani, malahan juga menyumbang kepada pelaksanaan skim pembangunan kawasan luar bandar.