Wang Yi : Bina Jalan Betul dalam Hubungan China-AS

2024-01-28 16:32:01  CRI
Share with:

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti komunis China(PKC), Wang Yi mengadakan pertemuan pusingan baharu  dengan Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jake Sullivan di Bangkok, Thiland pada 26 hingga 27 Januari lalu. 

Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat secara ikhlas dan pragmatik mengenai pelaksanaan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara di San Francisco, menangani isu-isu penting dalam hubungan China-AS. Perbincangan tersebut telah membuahkan hasil yang menggalakkan.

Wang Yi yang juga  Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar  Negeri Jawatankuasa Pusat PKC menyatakan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-45 ikatan diplomatik China-AS. Kedua-dua negara perlu mengambil kesempatan ini untuk mengambil iktibar dari sejarah, bersikap sama rata, menebus persamaan di samping berhemah meraikan perbezaan, menghormati kepentingan teras antara satu sama lain, berusaha bersama ke arah saling menghormati, wujud bersama secara damai, bekerjasama bagi mewujudkan situasi sama menang, sekali gus membina jalan yang betul bagi perkembangan hubungan kedua-dua negara. 

Wang menegaskan, isu Taiwan merupakan urusan dalaman China,  pemilihan pemimpin wilayah itu tidak dapat mengubah hakikat Taiwan adalah sebahagian daripada China. "Kemerdekaan Taiwan" merupakan risiko terbesar bagi kedamaian dan kestabilan kedua-dua pantai Selat Taiwan, dan juga cabaran terbesar bagi hubungan China-AS. AS mesti berpegang kepada prinsip Satu China dan Tiga Pengumuman Bersama China-AS, mempraktikkan komitmentnya mengenai tidak menyokong  "kemerdekaan Taiwan"  demi penyatuan semula China secara damai.