Aktiviti "Overtur Gala TBC" CMG Diadakan di AS

2024-01-28 15:32:01  CRI
Share with:

Aktiviti "Overtur Gala Tahun Baharu China(TBC)" anjuran Kumpulan Media China (CMG) diadakan di New York, Amerika Syarikat(AS) pada Jumaat. 

Acara yang bertemakan "Menyambut Tahun Baharu Cina, Menonton Gala TBC CMG" ini bertujuan untuk mempromosikan pertukaran sosiobudaya antarabangsa dan mencari inspirasi antara pelbagai peradaban. 

Acara itu turut diserikan dengan kehadiran Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun, Timbalan Setiausaha Agung PBB dan Perwakilan Tinggi Persekutuan Peradaban, Miguel Ángel Moratinos , Timbalan Setiausaha Agung PBB, Li Junhua dan Xu Haoliang, diplomat dan wakil tetap AS, Jepun, Poland, Filipina, Malaysia, Vietnam, Cuba, Nicaragua, dan Mauritius di PBB, pegawai Sekretariat PBB dan tokoh-tokoh pelbagai lapishan masyarakat tempatan yang seramai  200 tetamu. Dengan ini, aktiviti CMG untuk mempromosikan Gala TBC  di seluruh dunia dilancarkan. 

Presiden CMG, Shen Haixiong, dalam ucapan menerusi pautan video menyifatkan TBC sebagai hari perayaan tradisional terpenting bagi bangsa China berikutan ia disambut oleh kira-kira satu perlima populasi dunia dalam pelbagai bentuk.  Baru-baru ini,  sesi ke-78 Perhimpunan Agung PBB meluluskan resolusi yang menetapkan TBC sebagai cuti PBB, yang turut memperlihatkan pesona tamadun China dan budaya Timur, serta mencerminkan konsep nilai budaya PBB yang pelbagai dan inklusif. 

Beliau berkata, menonton Gala TBC pada malam menjelang TBC menjadi adat baharu bagi rakyat China. Kini, Gala TBC yang telah diadakan sebanyak 41 kali telah meninggalkan kenangan indah dalam hati penonton generasi demi generasi, dan menjadi saluran untuk dunia mendekati dan memahami China. Tahun ini, CMG juga akan memanfaatkan kelebihan dalam penyebaran yang mempunyai 68 jenis bahasa dan platform media baharu CGTN unutk mempromosikan Gala TBC di seluruh dunia, membolehkan orang ramai pelbagai negara berkongsi daya tarikan unik TBC dan budaya China dalam suasana gembira.