Raptai Kali Ketiga Malam Gala TBC 2024 Selesai

2024-01-29 11:07:24  cri
Share with:


Raptai kali ketiga Malam Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 anjuran Kumpulan Media China (CMG) berlangsung dengan jayanya semalam.

Ucapan tahniah akan disampaikan kepada diaspora Cina di seluruh dunia melalui Malam Gala TBC edisi 2024 yang mendapatkan ilham dan inspirasi dari kebudayaan tradisional China, dan memperincikan pengisahan serta penggambaran tentang rakyat China yang berkeyakinan mengejar kehidupan yang bahagia.

Aktiviti "Overtur Malam Gala Tahun Baharu China (TBC)" anjuran CMG telah diadakan di New York, Amerika Syarikat(AS) pada Jumaat lalu, dan dijadualkan akan diadakan lagi di beberapa negara yang lain seperti Switzerland dan Kenya. Melalui aktiviti seumpama itu, Gala TBC diharap menjadi satu jendela bagi dunia untuk mendekati dan mengenali China, sementara bersama-sama menikmati dan menghayati hari kebesaran itu malah kebudayaan China yang mempesona dalam suasana riang gembira.