Tiga Negara Afrika Barat Umum Keluar dari ECOWAS

2024-01-29 15:06:35  CRI
Share with:

Tiga negara Afrika Barat iaitu Mali, Burkina Faso dan Niger menerusi satu kenyataan bersama mengumumkan keputusan keluar daripada blok ekonomi serantau.

Bagi pihak Mali, kenyataan bersama itu dibacakan oleh jurucakap kerajaan sementara, Kolonel Abdoulaye Maiga pada Ahad, yang mengatakan bahawa ia bukan lagi anggota Komuniti Ekonomi Negara Afrika Barat (ECOWAS).

Menurut kenyataan berkenaan, ECOWAS kini telah lari daripada konsep pan-Afrikanisme serta tujuan asal penubuhannya.

Organisasi itu tidak memberikan bantuan kepada tiga negara tersebut ketika memerangi keganasan dan bertindak balas terhadap ancaman keselamatan, sebaliknya mengenakan sekatan 'haram, tidak berperikemanusiaan dan tidak bertanggungjawab' ke atas negara terbabit.

Sebelum ini, ECOWAS mengenakan sekatan terhadap Mali, Burkina Faso dan Niger selepas rampasan kuasa tentera berlaku di ketiga-tiga negara itu.