China, Nauru Buka Lembaran Baharu Kerjasama Dua Hala Seiring dengan Pemulihan Hubungan Diplomatik

2024-01-29 13:56:44  CRI
Share with:

China dan Nauru menandatangani "Pengumuman Bersama Republik Rakyat China dan Republik Nauru mengenai Pemulihan Hubungan Diplomatik" di Beijing pada 24 Januari, yang menandakan kedua-dua negara secara rasmi memulihkan hubungan diplomatik. Pada hari yang sama, Menteri Luar Nauru, Angerming yang berada dalam jadual lawatannya di Beijing telah bertemu bual bersama dengan wartawan Kumpulan Media China (CMG).

Angerming menyatakan bahawa keputusan Nauru untuk memulihkan ikatan diplomatik dengan China dan mengiktiraf prinsip Satu China adalah dibuat melalui pertimbangan yang amat teliti. Nauru hendak berkembang bersama dengan China.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, China dan negara-negara kepulauan Pasifik sudah pun menjalankan kerjasama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Antaranya, China telah menyertai sebahagian projek mega tentang pengeluaran industri, infrastruktur dan hidup rakyat di negara-negara tersebut. Kerjasama dua hala itu bukan sahaja membawa keuntungan yang benar-benar kepada penduduk tempatan, tetapi juga sudah menjana impak sosial yang baik di rantau itu. Seterusnya pada masa sekarang, China dan Nauru turut membuka lembaran baharu dalam kerjasama kedua-dua negara seiring dengan pemulihan hubungan diplomatik. 

”Terdapat satu kebaikan China yang patut dipuji, iaitu melihat negara membangun sebagai rakan yang sama rata dan bersedia membantu mereka. Nauru amat mementingkan industri perikanan. Kita boleh menjalankan kerjasama dalam bidang ini dan juga industri fosfat. Nauru berharap dapat bermanfaat daripada kerjasama dengan China, khususnya daripada penglibatan dalam pelaksanaan pelbagai inisiatif global yang dikeluarkan China,” kata beliau.