Pendapatan SOE China Meningkat Stabil

2024-01-29 15:16:38  CRI
Share with:

Perusahaan milik negara (SOE) di China menyaksikan indikator perolehan untung utama terus meningkat stabil dengan momentum pemulihan yang makin kukuh pada 2023.

Menurut statistik Kementerian Kewangan, jumlah pendapatan SOE China mencecah 85.73 trilion yuan (RM56.46 trilion) pada 2023, menokok 3.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, keuntungan keseluruhan yang diperoleh perusahaan berkenaan mencecah 4.63 trilion yuan (RM3.04 trilion), naik 7.4 peratus dari tahun ke tahun.