Persidangan Pendidikan Digital Dunia 2024 Buka Tirai di Shanghai

2024-01-29 16:59:00  CRI
Share with:

Persidangan Pendidikan Digital Dunia 2024 membuka tirai di Shanghai hari ini dengan tema 'Pendidikan Digital: Aplikasi, Perkongsian dan Inovasi'.

Dijadual berlangsung hingga Rabu, persidangan itu akan mempamerkan hasil terkini China dalam bidang pendidikan digital dan menyediakan wadah kerjasama dan pertukaran antarabangsa.

Selain Perikatan Pendidikan Digital Dunia yang akan ditubuhkan, platform 'Smart Education of China' versi antarabangsa juga dijadual dilancarkan sempena persidangan kali ini.

Menurut pegawai Kementerian Pendidikan, China telah mewujudkan pangkalan sumber pendidikan dan pengajaran terbesar dunia, dan mengeluarkan siri piawaian berkenaan pendigitalan pendidikan pada beberapa tahun kebelakangan ini.