Pendapatan Perusahaan Kebudayaan Naik 8.2 Peratus

2024-01-30 13:02:12  CRI
Share with:

Jumlah pendapatan yang diraih perusahaan kebudayaan di China mencatat 12.95 trilion yuan (RM8.53 trilion) pada 2023, meningkat 8.2 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Biro Statistik Negara (NBS).

Dalam pada itu, nilai keuntungan yang diperoleh perusahaan berkenaan mencecah 1.15 trilion yuan (RM761.9 bilion), naik 30.9 peratus dari tahun ke tahun.