Israel Setujui Perjanjian Pembebasan Tahanan

2024-01-30 12:51:38  CRI
Share with:

Israel bersetuju melakukan gencatan senjata selama 45 hari sebagai pertukaran pembebasan 35 tahanan warganya.

Menurut laporan TV Keshet 12 Israel, kira-kira 100 hingga 250 tahanan Palestin akan dilepaskan dengan kepulangan setiap seorang warga Israel.

Akhbar The Times of Israel memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri mengesahkan perkara itu, namun berkata laporan berhubung perjanjian pembebasan tahanan sebelum ini adalah tidak tepat kerana ia merangkumi syarat-syarat yang tidak boleh diterima Israel.