China Konsisten Tingkatkan Jaminan Hak Asasi Manusia

2024-01-30 15:18:08  CRI
Share with:

China berada di landasan pembangunan negara menuju ke arah kebangkitan nusa dan bangsa melalui modenisasi ala China pada masa ini. Dalam proses memperjuangkan matlamat ini, China akan menjadikan seluruh rakyat semakin relevan dengan hasil pembangunan modenisasi secara sama rata, terus meningkatkan tahap jaminan hak asasi manusia dan berusaha menyediakan peluang pembangunan secara bebas dan menyeluruh kepada setiap individu. Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian pada sidang media Isnin.

Menurut laporan berkenaan, sesi ke-45 Kumpulan Kerja Perbahasan Hak Asasi Manusia untuk Negara Anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini sebulat suara meluluskan laporan China dalam perbahasan pusingan keempat tentang keadaan hak asasi manusia di negara anggota. Terdapat lebih 120 negara telah membuat penilaian yang positif tentang kemajuan China dalam menjamin hak asasi manusia dan mengiktiraf sepenuhnya usaha China yang konsisten memacu pembangunan dan perlindungan hak asasi manusia.

Sehubungan ini, Wang berkata, seketika mendorong pembangunan yang berkualiti melibatkan hak asasi manusia di negara sendiri, China juga sentiasa mencadangkan pembangunan secara damai dan kerjasama yang sama menang, menganjurkan multipolariti yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang inklusif dan relevan dengan semua. China mahu bersama dengan masyarakat antarabangsa, mengukuhkan dan melindungi hak asasi manusia, menyertai tadbir urus hak asasi manusia sejagat dengan aktif, menggerakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan dan bersama membangunkan dunia ini ke arah yang lebih baik.