Ding Xigong, Petani Zaman Moden yang Menyerlah di Perladangan

2024-01-30 15:52:29  CRI
Share with:

Seorang mahasiswa dari Universiti Pertanian Yunnan di barat daya China, Ding Xigong, pernah menjadi tular gara-gara penyiaran satu klip video universitinya untuk tujuan promosi.  

Baru-baru ini, Ding menerima jemputan daripada Kumpulan Media China (CMG) untuk datang ke Beijing menonton raptai Malam Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 yang disifatkan sebagai 'jamuan malam TBC dari segi rohani' untuk rakyat China. Selepas itu, cerita Ding tentang kesungguhhannya mencari akal membudayakan pertanian mula meniti di bibir orang China. 

Ding Xigong dilahirkan di sebuah kampung kecil di kawasan pergunungan di mana terdapat herba Cina yang jenisnya pelbagai yang bertaburan. Ramai penduduk kampung tersebut berharap menjana pendapatan dengan tanaman herba. Namun mereka yang kekurangan teknologi dan pengalaman, sering menghadapi banyak masalah yang tidak dapat diatasi dalam proses penanaman. Oleh itu, Ding berharap dapat mempelajari ilmu yang relevan untuk membantu penduduk di kampungnya menanam herba yang berkualiti dan meningkatkan pendapatan mereka.

Setelah klip video itu menjadi tular di media sosial, Ding Xigong turut menubuhkan sebuah studio dengan sokongan pihak sekolah dan membentuk satu kumpulan kendalian sendiri. Mereka bersama-sama menyusun dan mengeluarkan produk berdasarkan hasil penyelidikan saintifik di sekolah, mempertunjukkan agronomi yang sebenar kepada netizen di perladangan, dan berkali-kali menjalankan  penstriman langsung untuk membantu peladang dalam penjualan hasil pertanian.